KITA BERSAMA

Manifesto Kita Bersama

Salam sejahtera, rakan-rakan belia,

Belia Kita, belia Malaysia telah menjadi lebih kuat lagi, lebih berupaya sejak belia-belia yang terdahulu;

Ini merupakan jasa YB Khairy Jamaluddin dengan pasukannya di dalam Kementerian Belia dan Sukan. Idea Parlimen Belia dan pelaksanaannya telah mencapai suatu peristiwa, satu tahap di mana ia adalah berbaloi untuk anak-anak muda di seluruh negara untuk menyambut pencapaiannya.

Akan tetapi, sebesar mana kekuatan dan keupayaan diberikan kepada kita; sebagai Belia, kita tidak haruslah menyalahgunakan kekuatan tersebut. Kita mestilah menggunakan kekuatan tersebut demi manfaat dan kebaikan kepada komuniti belia di Malaysia.

Apabila Parlimen Belia bergerak dan dilaksanakan, ia memerlukan satu pasukan dan kerjasama yang kuat yang mewakili suara hati anak muda. Seseorang wakil yang boleh membawa isu-isu belia ke peringkat yang lebih tinggi. Seseorang wakil yang boleh menggerakkan dan merapatkan perhubungan di dalam Parlimen Belia dan seterusnya menguatkan organisasi tersebut sebagai suatu platform untuk mendidik, membangun dan mengilhamkan anak-anak muda.

Dengan rasa rendah hati, saya yakin yang saya mempunyai persefahaman di dalam komuniti belia ini, idea-idea bernas, dan semangat yang mendalam untuk membangunkan komuniti belia ini sebagai seorang wakil; jika dipilih.

Di dalam artikel-artikel dan infografik yang akan diterbitkan dalam sosial media saya sepanjang tempoh kempen, saya akan terangkan tiga teras utama dan lima tumpuan utama dalam manifesto saya sebagai calon ahli Parlimen Belia.

Tiga Teras Utama

  • Perpaduan Malaysia
  • Memperupayakan Belia
  • Pembangunan Belia

Lima Tumpuan Utama

  • Kos Sara Hidup yang Tinggi
  • Perumahan dan Kehidupan Bandar
  • Pendidikan
  • Pengangkutan dan Infrastruktur
  • Kemampanan Alam Sekitar

Tiga Teras Utama tersebut adalah tindakan-tindakan praktikal yang akan dicadangkan dan dilaksanakan secara kerjasama dengan wakil-wakil Parlimen Belia yang akan dipilih, dan juga bersama belia yang bersemangat dalam program-program pembangunan belia.

Manakala, Lima Tumpuan Utama merupakan suara hati dan isu-isu yang berkaitan dengan belia yang akan saya sampaikan kepada pihak kerajaan melalui Parlimen Belia.

Parlimen Belia bukanlah mengenai atau menjadi satu fokus kepada mana-mana satu individu, ia haruslah menjadi satu kerjasama di antara wakil-wakil yang dipilih bersama dengan setiap orang anak muda di negara kita. Dan anak-anak muda itu adalah KITA, BERSAMA!

Yang benar,

Ooi Zhi Yi

No Comments

Post a Comment