TERAS UTAMA 1: MEMPERUPAYAKAN BELIA

MANIFESTO KITA BERSAMA OOI ZHI YI

TERAS UTAMA 1: MEMPERUPAYAKAN BELIA

Rakan-rakan sekalian,

Memperupayakan Belia merupakan salah satu daripada tiga teras utama di dalam manifesto saya untuk Parlimen Belia.

Memperupayakan Belia

 

Antara langkah-langkah saya ke arah teras tersebut adalah:

1) MENINGKATKAN PENYERTAAN BELIA
– Usaha meningkatkan penyertaan belia dalam hal-hal pembangunan negara dan isu-isu tempatan dari peringkat bawah ke atas melalui kempen kesedaran.
– Program-program pendidikan awam mengenai isu-isu semasa dan hal pembangunan negara.

2) MENGUATKAN PERTUBUHAN BELIA
– Usaha untuk melibatkan pertubuhan belia sebagai satu pentas untuk mendapatkan pendapat-pendapat anak muda.
– Menguatkan pertubuhan belia sebagai agen untuk penyatuan dan pembangunan belia.

3) MEMAMPANKAN PARLIMEN BELIA
– Mencadangkan bahawa Parlimen Belia diwartakan di dalam Akta Parlimen agar Parlimen Belia dapat diteruskan tidak kira siapa yang menjadi Menteri Belia & Sukan.

4) MEMBANGUNKAN MEDIA BELIA
– Membentuk kerjasama di antara pihak-pihak berkepentingan di dalam belia termasuk Parlimen Belia, pertubuhan-pertubuhan belia, pemimpin-pemimpin belia dan pelajar-pelajar Institut Pendidikan Tinggi untuk membangunkan media belia bagi menerbitkan informasi-informasi untuk belia.

Sokongan saudara-saudari sekalian untuk saya adalah amat diperlukan untuk merealisasikan perancangan-perancangan yang seperti saya impikan demi meningkatkan keupayaan belia di negara kita.

Pengundian untuk Parlimen Belia secara online akan bermula pada 22hb hingga 31hb Oktober 2014.

Dengan ikhlas hati, saya ingin memohon sokongan saudara-saudari sekalian untuk mengundi saya OOI ZHI YI – PP018 sebagai Ahli Parlimen Belia.

Sekian, terima kasih.

OOI ZHI YI – PP018
Calon Ahli Parlimen Belia Pulau Pinang

www.ooizhiyi.com
Facebook: www.fb.com/bersamazhiyi
Twitter: @zhiyi
Instagram: @ooizhiyi

 

No Comments

Post a Comment