TERAS UTAMA 2: PERPADUAN MALAYSIA

MANIFESTO KITA BERSAMA OOI ZHI YI

TERAS UTAMA 2: PERPADUAN MALAYSIA

Saudara-saudari sekalian,

Perpaduan negara kita, Malaysia merupakan salah satu daripada tiga teras utama di dalam manifesto saya untuk Parlimen Belia.

Perpaduan Malaysia

Antara langkah-langkah saya ke arah teras tersebut adalah:

1) PARLIMEN BELIA SEBAGAI PENERAJU PERPADUAN NEGARA
– Perpaduan sesebuah negara harus bermula dari umur yang muda. Sebagai pemimpin muda negara, Parlimen Belia mesti mengambil inisiatif sebagai peneraju perpaduan negara melalui program-program dan tindakan-tindakan yang menggalakkan perpaduan.

2) YA KEPADA KESEDERHANAAN, TIDAK KEPADA EKSTRIMISME
– Menggalakkan kerjasama di antara Ahli Parlimen Belia untuk membawa konsep kesederhanaan kepada belia di seluruh negara.
– Mengalakkan program kesedaran awam tentang kepentingan konsep kesederhanaan di negara.

3) PENDIDIKAN NILAI-NILAI ASAS BANGSA MALAYSIA
– Program pendidikan nilai-nilai asas harus disalurkan melalui pemimpin-pemimpin muda Parlimen Belia dan juga pertubuhan belia.

Sokongan saudara-saudari sekalian untuk saya adalah amat diperlukan untuk merealisasikan perancangan-perancangan yang seperti saya impikan demi menyatupadukan belia di negara kita tanpa mengira kaum ataupun agama.

Pengundian untuk Parlimen Belia secara online akan bermula pada 22hb hingga 31hb Oktober 2014.

Dengan ikhlas hati, saya ingin memohon sokongan saudara-saudari sekalian untuk mengundi saya OOI ZHI YI – PP018 sebagai Ahli Parlimen Belia.

Sekian, terima kasih.

OOI ZHI YI – PP018
Calon Ahli Parlimen Belia Pulau Pinang

www.ooizhiyi.com
Facebook: www.fb.com/bersamazhiyi
Twitter: @zhiyi
Instagram: @ooizhiyi

No Comments

Post a Comment