TERAS UTAMA 3: PEMBANGUNAN BELIA

MANIFESTO KITA BERSAMA OOI ZHI YI

TERAS UTAMA 3: PEMBANGUNAN BELIA

Saudara-saudari sekalian,

Pembangunan belia dan anak-anak muda Malaysia merupakan salah satu daripada tiga teras utama di dalam manifesto saya untuk Parlimen Belia.

Pembangunan Belia

 

Antara langkah-langkah saya ke arah teras tersebut adalah:

1) PEMBANGUNAN BELIA POSITIF
– Pembangunan Belia Positif merupakan sejenis konsep pembangunan belia yang baru. Konsep ini adalah satu pendekatan yang bermatlamat untuk memahami belia secara mendalam, mendidik dan membangunkan belia secara proaktif.
– Usaha untuk memajukan dan membangunkan pendekatan Pembangunan Belia Positif ini akan diperkenalkan kepada pihak-pihak yang tertentu untuk bekerjasama agar pembangunan belia dapat dilaksanakan dengan sempurna.

2) MEMPERJUANGKAN PELUANG EKONOMI UNTUK BELIA
– Usaha-usaha akan diambil untuk memperkenalkan bantuan dan peluang ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan kepada belia.
– Membentuk satu rangkaian keusahawanan agar usahawan-usahawan belia dapat mendapatkan maklumat, latihan, dan bantuan yang diperlukan dari segi kerajaan ataupun swasta.

3) INSTITUT PEMBANGUNAN BELIA YANG MAMPAN
– Pembangunan seseorang belia tidak dapat dilaksanakan hanya dalam program sepanjang beberapa hari atau minggu sahaja. Usaha membangunkan belia merupakan suatu usaha yang memakan jangka masa yang panjang.
– Oleh itu, sesebuah institusi harus diwujudkan hanya untuk program-program pembangunan belia. Satu program jangka masa panjang dan sesebuah pusat yang tetap mesti diwujudkan untuk proses pembangunan belia yang efektif.
– Sehubungan dengan itu, ia adalah matlamat saya untuk mendapatkan kerjasama kolektif di antara pemimpin-pemimpin belia, pihak kerajaan dan pihak swasta untuk mewujudkan Institusi Pembangunan Belia ini.

4) MEMPERJUANGKAN PENURUNAN HAD UMUR BELIA
– Untuk memerkasakan belia dan memberikan keupayaan kepada belia untuk melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat, “belia yang sebenarnya” mesti diberikan peluang penyertaan di dalam negara kita.
– Perjuangan untuk menurunkan had umur belia kepada 35 tahun secara berperingkat harus diadakan dari Parlimen Belia, Pertubuhan Belia dan juga Kerajaan. Peluang dan pengalaman untuk memimpin mestilah diberikan untuk anak-anak muda yang berumur kurang daripada 35 tahun agar pembangunan belia yang efektif dapat dilaksanakan.

Sokongan saudara-saudari sekalian untuk saya adalah amat diperlukan untuk merealisasikan perancangan-perancangan yang seperti saya impikan demi pembangunan belia dan anak-anak muda di negara kita.

Pengundian untuk Parlimen Belia secara online akan bermula pada 22hb hingga 31hb Oktober 2014.

Dengan ikhlas hati, saya ingin memohon sokongan saudara-saudari sekalian untuk mengundi saya OOI ZHI YI – PP018 sebagai Ahli Parlimen Belia.

Sekian, terima kasih.

OOI ZHI YI – PP018
Calon Ahli Parlimen Belia Pulau Pinang

www.ooizhiyi.com
Facebook: www.fb.com/bersamazhiyi
Twitter: @zhiyi
Instagram: @ooizhiyi

No Comments

Post a Comment